(Video) Baru Seminggu Peluk Islam, Daud Kim Sudah Diminta Kembali Kepada Agama Asal?


Minggu lalu, heboh di media sosial menceritakan tentang penghijrahan seorang YouTUber dari Korea Selatan iaitu Jay Kim yang telah memeluk Islam. Korang dapat mengikuti kisah dan perjalan penghijrahan Kim atau nama Islamnya Daud Kim di Chanel YouTube miliknya dan dia kongsikan banyak video di sana.

Daud Kim untuk pengetahuan korang telah mempelajari dan mengkaji agama Islam selama hampir setahun selepas dia mendapat hidayah untuk ke arah itu. Dia mengakui banyak benda telah berubah di dalam hidupnya walauppun masih belum siap sepenuhnya untuk menukar agama, dia tetap yakin untuk mencuba lakukan yang terbaik.


Dalam pada itu, Daud Kim yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang memeluk agama Kristian Katolik itu telah membuat kejutan untuk pulang ke kampung halaman bagi memberitahu berita penghijrahan dirinya.

Namun, seperti yang dibayangkan Daud Kim, ibunya ternya amat terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan anaknya itu serta dapat dilihat mukanya yang amat marah.


Kenapa awak tak beritahu benda yang penting ini pada saya terlebih dahulu? Kenapa awak buat keputusan ini seorang diri? Adakah awak sudah gila? Bolehkah awak menukar agama kembali?, kata ibunya.

Perbualan ini korang dapat lihat di vide terbaru Daud Kim yang akhirnya menunjukkan ibunya mula tenang sedikit dan akhirnya akur dengan keputusan yang dibuat anaknya itu.

Saya sangat marah pada awak, sebab itulah saya menjerit pada awak, saya minta maaf, akur dengan peputusan anaknya.

Selain itu, ibunya turut mengatakan yang dia faham akan tindakan anaknya itu dan telah menjangkakan anaknya akan menukar agama kepada seorang Muslim selepas mengetahui niat anaknya itu. Tetapi bagi ibunya ia terlalu awal untuk anaknya memeluk Islam selepas baru setahun mendekati dan mempelajari agama Islam.

Bagaimanapun, Daud Kim dengan tenang cuba menerangkan keputusan yang dia lakukan adalah tepat dan bukanlah tergesa-gesa serta dia juga sudah bersedia untuk hidup sebagai seorang muslim. Ikuti perbualan penuh diantara Daud Kim dan ibunya di bawah:


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media