(Video) 'Ibu marah adik sebab ibu sayang' - Budak cuba terjun dari tingkat 19 selepas bertengkar dengan ibunya mengenai handphone

Posted on Monday, October 07, 2019 | 10/07/2019



Gara-gara telefon bimbit, seorang kanak-kanak perempuan cuba terjun dari tingkap rumahnya di tingkat 19 untuk menakutkan ibunya. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang Ahad di sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu dikatakan bertengkar dengan ibunya berkaitan dengan masalah telefon bimbit. 

Managsa kemudian cuba terjun dari bangunan itu menyebabkan ibunya panik dan terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, seramai 19 anggota bersama dua jenetera dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, mereka mendapati kanak-kanak itu berada di luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan. 

Pihak bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan 'air cushion' di tingkat bawah. 


Bagaimanapun, salah seorang anggotanya berjaya memujuk mangsa dalam tempoh 15 minit sebelum mangsa sendiri menghulur tangannya untuk masuk ke dalam. 

Mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/07/2019

0 comments:

Loading...