(Video) Makcik nyaris ditikam peragut di depan rumah


Tindakan pantas seorang wanita masuk semula ke rumahnya berjaya menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa ragut. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.06 pagi 25 Oktober lalu di AU5C Lembah Keramat, Kuala Lumpur, mangsa yang baru saja keluar dari rumah didatangi suspek yang menunggang motosikal. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, sebaik saja menyedari suspek membawa senjata tajam, wanita itu terus bergegas membuka pagar dan berlari masuk ke dalam rumah.

Suspek yang tidak sempat meragut, terpaksa melupakan niatnya dan terus beredar dari tempat kejadian. 

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis dan video kejadian itu juga viral di media sosial. 


Orang ramai khususnya wanita dan warga emas dinasihatkan sentiasa peka dan berhati-hati apabila keluar dari rumah kerana penjenayah berkemungkinan sedang memerhati dan menjadikan anda sebagai sasaran. 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS


Sumber : thereporter.my