(Video) Orang Petani Mengamuk! Tarik, Ikat Dan Heret Datuk Bandar Di Belakang Trak


Perghh! Sampai macam tu diaorang buat dekat datuk bandar. Baru-baru ni seorang lagi datuk bandar di Mexico telah diseret menggunakan trak apabila sekumpulan petani menyerbu ke pejabat selepas dikatakan tidak menunaikan janji kemenangan.

Datuk Bandar, Jorge Luis Escandon menjaga bandar Las Margaritas di negeri Chiapas dan telah deserbu puluhan penduduk asli pada hari Selasa lalu. Jorge telah diikat dan diletakkan di belakang trak sebelum mengeretnya beberapa puluh meter di atas jalan raya, kata saksi.

Bagaimanapun, aktiviti seret datuk bandar tu dihentikan selepas pihak polis dan kakitangan awam masuk campur dan membebaskan Jorge. Padu kan, nasib rakyat Malaysia tak sampai tahap macam ni lagi.

Pendakwa raya awam, Jorge Luis Llaven berkata, motif serangan berpunca daripada petani yang marah selepas gagal menuntut duit untuk disalurkan kepada komuniti mereka di Santa Rita El Invernadero, di sini.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media