"Waktu Akhirat Nanti Tak Ditanya Pun Nama Anggota Kumpulan BTS Tu" - Alif Satar

Posted on Friday, October 04, 2019 | 10/04/2019



Sis tak faham dengan orang zaman sekarang terutamanya peminat K-pop. Sanggup pula tu BTS Army kecam Alif semata-mata nak back up artis kesayangan diorang. Come on gais! Jangan disebabkan benda macam ni, korang nak bergaduh.

Alif pun tak nak korang terlalu taasub dengan artis kesayangan korang tu. Kalau taasub dengan Allah tak apa juga kan? Atleast boleh mengaji, solat, dengar ceramah dan macam-macam lagi untuk dapat pahala daripada Allah. Korang pun dapat masuk syurga nanti.


Tak salah pun korang nak minat artis kesayangan korang tu tetapi berpada-padalah. Tingkah laku tu kena jaga, orang lain pun minat artis juga tetapi tak ada nak taksub sangat sampai sanggup kecam orang lain. Betul tak gais?

Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tidak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius. Padahal apa yang saya katakan lagu Boy With Luv dinyanyikan seramai 8 orang itu memang betul pun. Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tetapi janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif. Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taasub!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/04/2019

0 comments:

Loading...