1,710 Berarak Di Kuala Terengganu

Posted on Saturday, November 09, 2019 | 11/09/2019


Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali mengetuai perarakan dengan diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan negeri.

KUALA TERENGGANU, 9 November- Seramai 1,710 orang daripada 57 kumpulan menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2019M.

Perarakan sejauh 2.4 kilometer bermula dari Dataran Shahbandar hingga ke Stadium Negeri Terengganu terdiri daripada jabatan kerajaan, pasukan unit beruniform, institusi pengajian tinggi, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan.


Turut mengetuai perarakan itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan negeri.


Berangkat ke majlis itu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 11/09/2019

0 comments:

Loading...