600 Peserta Sertai Perarakan Maulidur Rasul


Oleh : Mustaqim Afandi

BESUT, 16 November - Seramai 600 peserta daripada 40 kontinjen yang terdiri daripada agensi  kerajaan dan swasta  serta para pelajar  menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat daerah Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, sambutan tersebut bertemakan 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera', disambut secara sederhana dengan penuh keinsafan dan penghayatan.

"Umat Islam hari ini menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul tahun ini dengan acara perarakan dan berselawat sambil memperingati pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan Islam," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Daerah Besut di Dewan Kota Putera Square pada pada semalam.

Justeru itu, beliau berharap program ini dapat menjentik hati masyarakat agar sedar bahawa Nabi Muhammad SAW adalah insan yang paling baik untuk dicontohi sifat keperibadiannya.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Besut, Haji Razali Bin Salleh, Pegawai Agama Daerah Besut, Tuan Zahari Bin Sulong, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut,  Ahmad Azizi, Pegawai Penyelaras Parlimen Kawasan Besut, Ustaz Riduan Mohamad Nor, Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad  dan Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.




Sumber: teganukita.net