Adui Segan Rasanya, Kawan Rakam Senyap-Senyap Haqiem Mengaji Saat Orang Lain Tidur Lena

Posted on Monday, November 18, 2019 | 11/18/2019



Nyanyi sedap, baca Al-Quran pun sedap. Inilah dia Haqiem Rusli, seorang penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tergantung Sepi, baru-baru ini tersebar satu video yang dikongsikan rakannya yang menunjukkan Haqiem sedang membaca Al-Quran.

Dalam perkongsian video terbabit, haqiem dilihat sedang duduk di atas tikar sejadah dan dikatakan sedang mengaji ketika ramai orang sedang tidur nyanyak di atas tilam yang empuk.

Sapik Sam yang sempat merakam detik itu kongsikan di laman Instagram. Sapik Sam mengatakan dia terjaga dari tidur setelah terdengar alunan bacaan surah al-Mulk dan bertindak merakam secara diam-diam.


Tengah lena diulit mimpi, ingatkan apa yang terang tadi pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya. Waktu2 macam ni dia luangkan masanya dengan sang pencipta. Allahu.. maaf Haqiem rakam senyap2 - tulis Sapik di laman Twitter.

Alhamdulillah, teruskan dengan sikap begini Haqiem dan terus menjadi contoh yang baik.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/18/2019

0 comments:

Loading...