'Akak-akak kena pandai layan suami atas bawah' - Baru 2 bulan kahwin dah pandai bagi tips, teruk wanita ni disindir makcik bawang


Awal perkahwinan, segalanya masih indah dan boleh dikatakan sepanjang hari itu akan terbitnya rasa rindu dendam. Pantang berenggang sekejap, pasti akan tercari-cari dan bertanya apa yang si dia tengah lakukan. 

Bagi yang terlebih rindunya akan menghubungi si dia. Kalau jenis yang banyak duit, buat video call 3 jam pun tak ada masalah. 

Baru-baru ini seorang wanita yang baru saja berkahwin dua bulan berkongsi tips menjaga suami dengan followers Facebook Kisah Rumah Tangga. 


"Salam min omei. Berkahwin dengan suami dah dua bulan. Suami sangat sayangkan I. Nak bagi tips pada akak-akak dalam KRT ni. 

"Akak-akak kena pandai layan suami. Layan atas bawah cukup. Jaga badan, rajin mandi. Kalau ada suami, jangan main handphone. Jangan tengok tv. Layan suami je. Biar suami sayang. 

"Suami I, setiap saat video call, rindu I sebab I amalkan tips ini," kongsikan dengan hashtag #adikmanis. 

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi followers KRT. 





Sumber : thereporter.my