Anak bunuh & kerat mayat ibunya kepada 4 bahagian sebelum disumba dalam peti ais

Posted on Wednesday, November 27, 2019 | 11/27/2019



Seorang wanita berusia 42 tahun dibunuh dan mayatnya dikerat sebelum disumbat dalam peti ais oleh anak lelakinya berusia 20 tahun sebelum menembak dirinya di bahagian kepala. 

Mayat wanita itu ditemui oleh rakannya,  yang cuba menghubungi mangsa, Yuree, untuk berbincang mengenai hal perniagaan. 

Saksi kemudian datang ke rumah mangsa tetapi suspek yang dikenali sebagai Sira memberitahu ibunya masih belum pulang selain tidak membenarkan dia masuk.

Saksi tidak percaya dengan kata-kata Sira kerana kereta Yuree berada di luar rumah lalu mendesak Sira berulang kali untuk membenarkan dia masuk. Suspek yang menangis-nangis kemudian membenarkan rakan sekerja ibunya itu masuk sebelum menemui mayat mangsa dalam peti ais. 



Suspek yang panik kemudian mengambil pistol, lalu menembak kepalanya. 

Ekoran kejadian itu, saksi terus menghubungi pihak polis dan apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek yang merupakan pelajar di sebuah institut teknologi masih hidup dengan pistol di sebelah badannya. Suspek meninggal dunia selepas beberapa jam kemudian ketika mendapatkan rawatan di Hospital Nakhon Thon. 

Pemeriksaan di rumah itu menemui mayat mangsa yang telah dikerat di dua lokasi. Empat bahagian ditemui di dalam peti ais, manakala sebahagian lagi ditemui di tandas.

Siasatan awal mendapati, terdapat sembilan kesan tikaman di belakang badan dan luka akibat dikelar di bahagian leher. 

Mayat wanita itu juga dikerat kepada lima bahagian iaitu kepala, tangan, bahagian atas badan dan bawah badan serta kaki. 

Menurut ahli keluarga mangsa, suspek mempunyai sejarah menghidap masalah mental dan rekod menunjukkan dia pernah mendapatkan rawatan di sebuah institut psikiatri dan juga mengalami kemurungan. 

Masih tidak diketahui apa motif suspek menyerang dan membunuh ibunya dengan begitu kejam. 

Sumber: Bangkok Post


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/27/2019

0 comments:

Loading...