'Anak saya dah tiada...' - Bayi maut tercekik selepas diberi makan jeli


Seorang bayi lelaki berusia satu tahun di Filipina tercekik ketika diberi makan Jelly Ace, makanan manis yang sedang popular di negara itu pada 15 November lalu. 

Mangsa, Dean Adrian Villanueva Martin, dikejarkan ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia, tetapi bernafas semula selepas pasukan perubatan mencuba sedaya upaya menyelamatkannya. 

Untuk pengetahuan umum, sel otak akan mula rosak selepas 4-6 minit tiada peredaran darah di organ tersebut. Selepas 10 minit, otak akan terus berhenti berfungsi dan mati. 

Dalam kes ini, tiada peredaran darah di dalam otaknya selama 26 minit dan disebabkan itu, mangsa berada dalam keadaan koma. 



Mangsa mula mengalami kegagalan organ dan tahap hemoglobinnya juga rendah, berlaku pendarahan dan tahap gula yang tinggi dan banyak lagi. 

Selepas dua hari kemudian, mangsa tidak dapat lagi bertahan dan meninggal dunia pada 22 November. 


Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa menjaga pemakanan bayi kerana mereka bertanggungjawab di atas nyawa anak mereka sendiri. 

The Asian Parent juga menyenaraikan beberapa jenis makanan yang tidak sepatutnya diberi kepada bayi berusia 6 bulan hingga 12 bulan. 

BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
  • Jagung mentah
  • Ceri, beri atau anggur
  • Buah kering seperti kismis

PROTEIN
  • Kacang sama ada dicincang atau tidak dan mentega kacang
  • Daging keras atau besar
  • Hotdog dan sosej
  • Daging ikan dengan tulang ikan
  • Ketulan keju

PRODUK BIJIRIN
  • Biskut atau Granola Bars
  • Kentang, kerepek, pretzels dan lain-lain makanan ringan
  • Keropok atau roti dengan biji, kepingan kacang dan biji gandum
  • Ketulan beras atau bijian lain
  • MAKANAN MANIS
  • Gula-gula, jellybean, karamel, gula-gula getah atau gula-gula jeli
  • Marshmallows
  • Gelatin

Ibu bapa, beringatlah. Jangan biarkan anak anda tidak dijaga. 



Sumber : thereporter.my