Apa Sudah Jadi? Tiba-Tiba Pendakwa Tarik Pertuduhan LTTE Tanpa Sebab

Posted on Thursday, November 07, 2019 | 11/07/2019



Secara tiba-tiba, dua pertuduhan ke atas Adun Seremban Jaya terhadap kes LTTE dibatalkan tanpa sebab. Nampaknya, rakyat kecoh macam mana sekalipun, suara mereka yang diatas juga tetap menang.

Pada 6 November, pihak Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Adun Seremban Jaya P.Gunasekaran.

Jika diikutkan, sebelum ini rakyat Malaysia telah dihebohkan dengan penahanan Adun ini selepas dipercayai memiliki peralatan berkait dengan LTTE di pejabat dan kediaman mereka. Mereka juga sebelum ini telah dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Okt kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Okt lepas, atas pertuduhan tambahan.

Dalam pada itu, RSN Rayer yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong mengucapkan terima kasih kepada pendakwa yang menarik semula tuduhan mereka.

Kami dimaklumkan pagi ini selepas tuduhan difailkan, mereka (pendakwa) telah membuat keputusan untuk menarik balik dua tuduhan. Tiada sebab diberikan. Kami berharap pihak pendakwa akan menimbang semula dan menarik balik tuduhan terhadap semua yang lain (yang ditahan di bawah Sosma yang berkaitan dengan LTTE), katanya.

Diharapkan kes ini dapat diselesaikan secara bersih tanpa mengira fahaman politik bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/07/2019

0 comments:

Loading...