Siapa jer yang tak terpikat dengan makanan Malaysia ni? Memang ramai yang Ohmedia tengok mengakui yang Malaysia sememangnya syurga makanan dengan bermacam-macam jenis makanan. Terbaru, viral pula artis Korea dari kumpulan Blackpink iaitu Jisoo dan Jennie yang tidak dapat menahan perasaan gembira mereka apabila ternampak makanan ringin Super Ring. Jajan legend orang Malaysia ni boi.
Selepas tersebarnya video itu, sekarang dikatakan pula yang jajan legend Super Ring ni telah mula dilihat dan dijual di Korea pada harga 1,200 won atau RM4.30. Ini dikongsikan oleh pengguna Twitter @moonstarbyulie.
cerita dia time concert blackpink kat malaysia, jensoo singgah 7e then nampak super ring ni diorang kata pernah makan time kat singapore hmm comel la ok bye pic.twitter.com/SH0fsBOysN— #BE! (@moonstarbyulie) October 30, 2019
Dalam video ini, anggota Blackpink itu mengatakan yang mereka kali pertama mencuba keropok itu sewaktu di Singapura dan sejak itu mencari kerana telah jatuh cinta dengan keenakan rasanya.
Selepas itu, Jisoo dan Jennie berharap agar mereka menjumpai kedai yang menjual ‘Super Ring’ memandangkan mereka berada di Malaysia sempena konsert jelajah Blackpink.
Akhirnya, mereka berjaya menemui Super Ring di 7-Eleven dan dapat diliat betapa gembiranya mereka.
지수&제니 최애❤️과자ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ pic.twitter.com/qwjKgwWTUD— D-💕 (@BLINK_JCLC) October 29, 2019
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS
Sumber: Oh! Media