Bantuan Kerusi Roda Ringankan Beban Pesara Tentera

Posted on Thursday, November 07, 2019 | 11/07/2019


Mat Jaafar (duduk) terharu dengan keprihatinan semua pihak.

Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 7 November – Beban yang ditanggung Pesara Tentera, Mat Jaafar Ngah akhirnya terlerai apabila bantuan kerusi roda telah disampaikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, di sini semalam.

Mat Jaafar yang menetap di Kampung Mengabang Tengah sangat terharu atas sumbangan dan keprihatinan semua pihak.

Katanya, kesusahan dan kepayahan yang ditanggung selepas disahkan lumpuh separuh badan sejak sekian lama akhirnya menemui titik noktah.

“Dengan bantuan yang diberikan dapat membantu serba sedikit kehidupan seharian saya dengan adanya kerusi roda ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual pemberita dalam Lawatan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu ke DUN Batu Buruk.

Hadir sama dalam lawatan itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Zulkifli Wahab dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) DUN Batu Buruk, Salleh Abdullah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Khas  Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Syed Ali Muhiyuddin Syed Aluwi yang turut hadir berkata, sumbangan tersebut turut akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa.

"Alhamdulillah kita berharap program seperti dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak," tambah beliau.



Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 11/07/2019

0 comments:

Loading...