Benarkah Hajar Aswad Dari Syurga?

Posted on Friday, November 01, 2019 | 11/01/2019



SOALAN:
Benarkah Hajar Aswad itu berasal dari Syurga? Adakah hadith yang menceritakannya itu hadith yang sahih?

JAWAPAN:
Hajar Aswad iaitu batu yang berada pada penjuru Kaabah itu memang benar berasal dari Syurga kerana begitulah Rasulullah SAW menceritakan kepada kita.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A berkata:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَزَلَ الحَجَرُ الأَسْوَدُ مِنَ الجَنَّةِ ، وَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ ، فَسَوَّدَتْهُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ
“Telah bersabda oleh Raslullah SAW: Telah turun Hajar Aswad itu dari syurga. Dan ia adalah terlebih putih dari susu kemudian telah menghitamkannya oleh dosa-dosa manusia.” [Riwayat at-Tirmidzi, berkata Imam Tirmidzi hadith ini hasan lagi sahih]

  • Imam Al-Baghawi meriwayatkannya dalam kitab Syarh As-Sunnah dan berkata sanadnya adalah sahih.
  • Juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Munzir dalam kitab Ar-Targhib Wat-Tarhib katanya sanadnya adalah sahih atau hasan.
  • Dan telah mengsahihkan dia juga oleh Imam Ibnu Khuzaimah dan begitu juga Imam Ad-Dhia’ Al-Muqaddasi pada kitab Al-Mukhtarah.
  • Imam As-Suyuthi meriwayatkannya dalam kitab Jami’us Saghir dengan sanad yang sahih.

Imam Al-Baihaqi telah meriwayatkan hadith ini di dalam kitab Syu’abul Iman dengan lafaz:

الحَجَرُ الأسْوَدُ من الجَنَّةِ وكان أشدَّ بياضًا من الثلجِ حتَّى سَوَّدَتْهُ خطايا أهلِ الشِّرْكِ
“Bermula Hajar Aswad itu daripada syurga. Dan adalah ia lebih sangat putih daripada salji sehingga telah menghitamkannya oleh dosa segala orang Musyrikin.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/01/2019

0 comments:

Loading...