Bergambar Pre-Wedding Di Atas Kubur Orang, Pengantin Ini Dimaki Netizen Berbakul-Bakul


Hanya orang tak ada otak sahaja yang sanggup melakukan perbuatan begini. Di mana logik akal langsung tak ada rasa bersalah ke duduk atas kubur orang semata-mata kerana nak gambar kahwin yang unik dan menarik perhatian? Berapa tebal level bodoh diorang ni? Di bawah ini antara beberapa gambar yang telah viral dan menerima beribu-ribu kecaman dan makian dari netizen secara percuma.





Ohmedia pun rasa nak maki berbakul-bakul je ni tapi terpaksa tahan ye la sebab tulis dalam website ni nak kena sopan-sopan dan skema sikit. Huhuhu. Tak apa biar screenshot di bawah ni je yang tolong maki.


Apa yang mengejutkan, aktiviti bergambar di perkuburan Kristian ini membabitkan ramai orang. Alangkah peliknya dalam ramai-ramai tu tak akan seorang pun tak boleh guna akal fikiran yang perbuatan mereka itu salah? Video di bawah ini sebagai bukti.


Photographer yang menerbitkan gambar tersebut dengan akaun Instagram atas nama @mummyqueen.co dikatakan telah ditegur ramai orang untuk menarik balik/memadam gambar-gambar tersebut namun tetap berdegil dan bertindak untuk menyekat (block) sesiapa sahaja yang mengecam perbuatannya itu.


Sudahlah bodoh, sombong pula lagi. Agaknya kalau ada orang bergambar atas kubur keluarga dia mesti dia suka agaknya kan? Apa pandangan korang dengan kebodohan terbaru diterbitkan rakyat Malaysia ini? Hari-hari ada sahaja perkara bodoh yang dilakukan. Penatlah Ohmedia macam ni nak kena cover cerita perbuatan terkutuk rakyat Malaysia ni. Aduh!!
Sumber: Oh! Media