Berwaspada Hadapi Banjir



MARANG, 30 November - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah berkata hujan yang berterusan yang mengakibatkan banjir di sesetengah tempat dan beliau mengingatkan agar semua mengambil langkah penting bagi menghadapi banjir.


 "Diwaktu negeri kita sudah mula memasuki waktu-waktu genting kerana hujan yang berlarutan yang mengakibatkan paras sungai di beberapa batang sungai di Terengganu, mula melepasi paras merbahaya dan banjir sudah mulai berlaku di beberapa kawasan rendah, suka saya mengingatkan kepada anda semua beberapa perkara penting bagi menghadapi banjir" kata beliau.

Beliau mengingati agar menjaga keselamatan ketika menghadapi banjir dan mendengar arahan dari pihak berkuasa.

"Pastikan keselamatan anda dan keluarga dipertingkatkan sama ada daripada ancaman banjir, binatang liar dan juga peralatan elektrik yang mungkin terjadinya litar pintas"

"Dengar dan patuh arahan yang diberikan pihak berkuasa, jangan bertindak sendiri dan jangan ambil dan sebarkan sebarang maklumat daripada sesiapa sahaja berkenaan apa-apa yang boleh membuatkan suasana panik tanpa disahkan ianya betul dan dikeluarkan oleh pihak berkuasa." Ujar beliau.

Beliau berkata sedemikian di laman sosial "Facebook" miliknya pagi tadi.

Disamping itu, beliau mengingatkan agar menyimpan dokumen-dokumen penting bagi memudahkan urusan jika perlu berpindah dan menyimpan makanan kering bagi langkah berjaga-jaga.

"Simpan nombor-nombor dan dokumen-dokumen penting untuk memudahkan anda sekiranya diperlukan berpindah ke tempat lain dan simpan makanan kering sebagai langkah berjaga-jaga". Kata beliau

Sumber: teganukita.net