Boleh Dikatakan Penganjur Sukan SEA Paling Teruk Setakat Ini, Atlet Indonesia Termakan Daging Babi Pula

Posted on Thursday, November 28, 2019 | 11/28/2019



Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Filipina yang merupakan penganjur bagi Sukan SEA 2019. Ohmedia rasa semua dah tahu pasal ni bila banyak gambar-gambar yang tersebar menunjukkan semuanya dalam keadaan kucar kacir.

Terbaru, pegawai media pasukan bola sepak U-22 Indonesia iaitu Gatot Widakdo telah mengkritik penyajian makanan yang disediakan di Sukan SEA 2019 apabila mereka tidak meletakkan pemisah makanan halal dengan makanan tidak halal yang menyebabkan ada pemain bola sepak Indonesia secara tidak sengaja telah memakan daging babi.


Sehingga kini, pihak penganjur masih lagi belum berjaya menangani masalah ini. Kami berharap agar mereka (penganjur) dapat mengatasi masalah ini serta boleh mengasingkan makanan halal dan tidak halal selepas ini. - kata Gatot.

Dalam perkembangan lain, kontinjen dari Singapura turut menunjukkan rasa kecewa mereka dengan apa yang disediakan dan layanan pihak penganjur.

Kami menggesa pihak penganjur untuk segera menyelesaikan situasi yang kami hadapi ini. Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk bersabar dan memahami situasi yang berlaku ini. Malahan, kami sehinggakan cuba untuk menyelesaikannya sendiri, situasi ini tidak boleh terus berlanjutan kerana ianya sedikit sebanyak bakal mempengaruhi segala persiapan yang dibuat oleh atlet kami. - tulis Juliana Seow.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/28/2019

0 comments:

Loading...