Calon SPM Guna Kaca Mata Kabur & Bercalar, Tak Sanggup Tukar Pemberian Arwah Ibu

Posted on Thursday, November 14, 2019 | 11/14/2019



Hargailah ibu bapa kita semasa hayat mereka masih ada. Ohmedia tertarik dengan satu kisah di mana ada pengguna Twitter yang kongikan kisah seorang pelajar lelaki yang merupakan seorang pelajar dan kini sedang menjalani SPM.

Apa yang menariknya, pengguna Twitter ini telah melancarkan satu kutipan derma bagi membantu membelikan cermin mata baru untuk sahabatnya. Kenapa usaha ini dilakukan?


Untuk pengetahuan korang, Mohamad Haikal,1= 17 yang merupakan sahabat baik kepada Faizal telah melancarkan sumbangan itu dan tidak menyangka kutipan kini telah melebihi harga cermin mata yang ingin dibeli.

Dari apa yang diceritakan Haikal, walaupun kini dia dan Faizal tidak berada dalam satu kelas yang sama, tetapi mereka telah berkawan rapat sejak kecil.


Haikal juga mula perasan yang Faizal sering duduk di hadapan sekali dan selalu mengelap cermin matanya apabila mereka pergi ke kalas tambahan untuk menghadapi SPM.

Ikuti kisah Faizal di bawah ni.


Jika dilihat pula dari kisah yang dikongsikan oleh mStar Online, cermin mata yang dipakai Faizal itu adalah pemberian dari aarwah ibunya. Disebabkan itu, Faizal tidak tergamak untuk menukar cermin mata, walaupun masalah rabunnya bertambah.


Apa-apapun gunalah segala nikmat yang ada ini dengan sebaiknya dan terus berusaha mengejar kejayaan walaupun mengahadapi kesukaran. Terima kasih juga kepada mereka yang membantu adik Faizal dan semoga kita juga lebih alert untuk membantu mereka yang serba kekurangan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/14/2019

0 comments:

Loading...