Cuti Sekolah Sudah Bermula! Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini!

Posted on Friday, November 29, 2019 | 11/29/2019


Sumber gambar dari Google
Sesi persekolahan sudah pun melabuhkan tirainya minggu lepas dan diikuti dengan budak-budak SPM yang last paper semalam, jadi korang yang mak ayah ni dah ada ke tempat ke nak bawa anak-anak pergi bercuti memandangkan musim cuti sekolah sudah bermula? Kalau takda takpa, mari Ohmedia tolong. Berikut adalah 5 tempat menarik yang patut korang kunjungi sempena cuti sekolah ini.


1. Cameron Highland

Sumber gambar dari Google
Kenapa Ohmedia cadangkan Cameron Highland sebagai tempat menarik yang patut dikunjungi oleh korang? sebab macam-macam ada kat sini gais. Bagi yang berkeluarga, korang boleh petik buah strawberi yang famous kat sana dengan anak-anak, dapat juga merapatkan lagi hubungan antara ahli keluarga. Disamping itu juga, korang boleh layan suasana udara dingin tanah tinggi sambil mengirup teh strawberi panas, Fuh! layan habis. Buat mak-mak, boleh beli sayur-sayur fresh kat sana, tapi ini digalakkan kalau yang pergi balik hari atau stay tak lama kat sana, sebab takut bila dah turun sayur-sayur jadi layu. Kalau nak cerita bestnya Cameron Highland ni memang tak habis, so Ohmedia suggest kat korang khusus mak ayah untuk bawa anak-anak datang kesini.


2. Port Dickson

Sumber gambar dari letsgoholiday.my
Buat yang suka berkelah atau beriadah, tempat macam Port Dickson ni sesuai dengan korang. Dekat sini mak ayah boleh layan angin laut sambil mandi-manda di pantai dengan anak-anak lepas tu layan potluck yang dah dimasak dekat rumah dengan ahli keluarga. Kalau korang yang mempunyai bilangan jumlah keluarga yang ramai, Ohmedia suggest korang boleh buat family day dekat sana. Macam-macam game lah korang boleh create. Bola beracun ke, bola tampar ke, terpulang kat korang. Dengan ini dapatlah korang eratkan lagi hubungan, bukan sahaja dengan anak-anak bahkan dengan sepupu-sepapat serta biras-biras yang ada.


3. Kuala Lumpur

Sumber gambar dari Google
Kedengaran agak cliche, tapi macam-macam korang boleh explore kat KL ni. Mak ayah boleh bawa anak mereka bersiar-siar dengan KLCC. KLCC pun bukan ada shopping sahaja, ada PetroSains dan juga Aquaria untuk di kunjungi. KLCC pun turut sediakan kolam awam tapi untuk budak-budak, janganlah anak dah besar panjang yang baru habis SPM  pun join mandi sekali, apa pula orang kata, haha!. Setel KLCC, korang mak ayah ni boleh bawa anak-anak korang bersiar-siar dekat Taman Burung dan Taman Rama-Rama sambil tu boleh juga singgah Tugu Negara. Boleh tambahkan lagi ilmu pengetahuan, bukan anak-anak sahaja, bahkan korang yang mak ayah pun sama. Kat KL ni kebanyakkannya banyak shopping mall, so korang yang mak ayah ni bolehlah bawak anak-anak pergi window shopping. Tapi kalau ada rezeki lebih tu, belanjalah anak-anak baju ke seluar ke, bagi mereka seronok.


4. Melaka

Sumber gambar dari LIBUR
Tempat pilihan Ohmedia seterusnya yang pertama adalah bandaraya Melaka. Dekat sini bukan hanya ada bangunan tinggalan sejarah sahaja seperti Kota A Famosa dan Muzium Samudera, ada macam-macam lagi gais. Yang pertamanya korang boleh tengok view bandaraya Melaka secara 360 darjah dengan menaiki menara Taming Sari yang terletak ditengah-tengah bandar selain bersiar-siar keliling bandaraya Melaka dengan menaiki beca. Korang juga boleh naik Malacca River Cruise dengan anak-anak untuk menikmati kecantikan pemandangan bandaraya Melaka dari Sungai Melaka. Tak lupa juga, korang juga boleh bawa anak-anak untuk berkunjung ke Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Disamping itu, tak jauh dari sana, korang boleh layan coconut shake yang famous dekat Klebang. Petang-petang bolehlah bawa anak-anak makan disana. Lepas tu korang layan matahari terbenam dekat tepi pantai. Kalau malam sikit, korang boleh bawa anak-anak pergi ke pasar malam Jonker Walk, cuci-cuci mata tengok barangan yang dijual disana.


5. Penang

Sumber gambar dari penang.ws
Baik, tempat terakhir yang yang Ohmedia suggest adalah Penang. Ada macam-macam tempat korang yang mak ayah ni boleh bawa anak-anak bercuti dekat Penang ni. Antaranya korang boleh bawa anak-anak bersiar-siar di Penang Street Art, dekat sini macam-macam lukisan mural dilukis pada dinding. So korang dan anak-anak boleh bergambar bersama dekat street art ni. Disamping itu, korang juga boleh bawa anak-anak bersiar-siar di Bukit Bendera. Dekat atasa sana korang dan anak-anak boleh enjoy pemandangan sekitar Penang. Korang pun boleh enjoy matahari terbenam dengan anak-anak di Teluk Bahang.

Nasihat Ohmedia, rancanglah percutian dengan sebaiknya untuk elak dari perkara yang tidak diingini berlaku.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube










Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/29/2019

0 comments:

Loading...