Dakwah Tengah Malam Dekati Anak Muda




Oleh: Aslam Wira

MARANG, 29 November - Menggunakan pendekatan yang berbeza, “dakwah tengah malam” menjadi salah satu misi bagi mendekati anak-anak muda.

Berlainan dengan aktiviti dan program dakwah jalanan sebelum ini, kali ini ia dilakukan pada lewat malam, yang bermula pada jam 1200 tgh malam sehingga 3.00 pagi

Ketua Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar), Nasaruddin Samsudeng berkata ketika selesai program “Street Dakwah” di beberapa lokasi di sekitar Marang, awal pagi ini.

*Street Dakwah kali ini  agak berbeza, di mana terdapat soal jawab dan komunikasi dua hala dengan anak-anak muda.

“Sasaran kami adalah anak muda yang menghabiskan masa seperti melepak di tepi-tepi jalan atau wakaf dan pondok di beberapa lokasi yang dikenal pasti, * katanya

Menurut Nasaruddn, Skuad Amar turut bersama-sama seorang pentazkirah jemputan iaitu Mudir Mahad Tahfiz Assyatibi, Mohd Zahani Abdul Ghani, bagi memberi pengisian dakwah.

“Menjadi satu keutamaan kepada Skuad Amar untuk memberi pendedahan dan penerangan berkaitan dakwah kepada mereka," katanya..

Dalam perkembangan yang sama, Nasaruddin menjelaskan bahawa program tersebut disambut baik oleh anak-anak muda di mana mereka turut bersoal jawab berkaitan isu-isu dan permasalahan agama.

“Antaranya adalah isu seperti, mewarnakan rambut, mencukur kening dan memakai pendakap gigi.”katanya

Sumber: teganukita.net