'Dari info, ibu kandung cuba ambil anak, anak tak nak ikut' - Video pasangan berebut anak di Cyberjaya


Viral di media sosial kini video 'pergaduhan' yang didakwa berlaku di hadapan sekolah di Cyberjaya. 

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Proton Perdana bertindak memecahkan cermin kereta yang menghalang laluannya. 


Menurut sumber @RGorjes123, terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta tersebut yang menjerit meminta tolong yang mungkin berkaitan dengan kes perebutan hak penjagaan anak. 

"... ada budak dalam kereta tu jerit "Tolong saya". Apparently macam cubaan 'culik' tapi dari ibu/bapa budak itu sendiri. Maybe ada masalah perebutan anak agaknya. 

"So bila budak tu jerit, parents lain terus bantu dengan block kereta yang budaknya dalam tu. So pecahkan cermin kereta sebab nak cuba selamatkan budak tu," tulisnya. 


Sementara itu, satu lagi sumber juga mengatakan apa yang berlaku adalah kes perebutan anak. 



"Dari info, ibu kandung cuba ambil anak, anak tak nak ikut. Cuba lari, diblok dan accident," tulis sumber. 



Sumber : thereporter.my