Gunakan Anjing Untuk Provok Perarakan Maulidur Rasul, Polis Trafik Bertindak Pantas


Semalam umat Islam di kebanyakan negeri di Malaysia telah meraikan sambutan perarakan Maulidur Rasul bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sudah menjadi kebiasaan di Malaysia untuk disambut dengan meriah sambil berselawat.

Malangnya, lain pula yang berlaku di beberapa kawasan apabila ada sesetengah individu sengaja memainkan sentimen perkauman dan melakukan provokasi kepada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul.



Menerusi apa yang dikongsikan oleh laman Facebook Malaysian Response Team, dapat dilihat satu gambar yang menunjukkan seorang individu telah ditegur oleh anggota trafik apabila membawa anjing menuju ke jalan ketika perarakan sedang berlangsung,


Sumber ini datang dari pengguna Facebook Mohamad Al Azharnie Shafiee. Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dinyatakan. Apa yang dapat dilihat, tindakan pantas polis trafik bagi mengawal keadaan itu patut dipuji bagi mengelak sebarang ketegangan dan kececohan berlaku.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media