Hukum Wanita Sedang Istihadah Membaca Al-Quran


SOALAN:
Bolehkah perempuan yang sedang mengalami istihadah membaca akan al-Quran dan duduk di dalam masjid?

JAWAPAN:
Tersebut pada Himpunan Fatwa Mufti Mesir berkata Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam:

الاستحاضة حدث أصغر، وتأخذ المستحاضةُ حكمَ الطاهرات في وجوب العبادات وفعلها؛ فلا تسقط عنها الصلاة ولا الصيام، ويجوز لها قراءة القرآن ومس المصحف، وكذلك دخول المسجد والطواف بالكعبة المشرفة إذا أمنت التلويث، كما يجوز ممارسة العلاقة الزوجية من غير حرج عليها ولا على زوجها في ذلك.
وتُطالبُ المستحاضة بحبس الدم ما أمكنها ذلك، وتتوضأ لوقت كل صلاة تصلي به ما شاءت من الفرائض والنوافل وفعل كل عبادة تحتاج إلى وضوء إن استطاعت ذلك من غير حرج

“Bermula istihadah adalah hadas kecil dan perempuan yang istihadah wajib bersuci pada wajibnya beribadat dan melakukannya.

Maka tiada gugur daripadanya kewajipan solat dan puasa dan harus bagi perempuan yang sedang istihadah itu membaca al-Quran dan menyentuhnya dan begitu juga harus ia masuk ke dalam masjid dan tawaf akan Kaabah yang mulia apabila aman ia dari mengotorkan masjid sebagaimana harus baginya perhubungan yang berkait suami isteri tanpa ada kesalahan bagi isteri dan bagi suami.

Dituntut atas perempuan yang istihadah menahan darahnya semampu mungkin dan berwudhu’ bagi setiap waktu solat dan mengerjakan solat seberapa banyak yang dia mahu sama ada fardhu atau sunat dan mengerjakan kewajipan-kewajipan yang memerlukan kepada wudhu’ jika dia mampu tanpa ada kesalahan.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media