Ingin Habiskan Sisa Hidup Kepada Allah, Datuk M Daud Kilau Lupakan Tarian Gelek


Sudah lama rasanya kita tak dengar khabar berita dari seorang Raja Gelek Malaysia yang amat terkenal iaitu, Datuk M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau. Dalam perkembangan terbarunya, tahap kesihatan M Daud Kilau semakin merosot dan kini mengalami masalah untuk membuang air kecil sejak tiga tahun yang lalu.

Sumber Gambar: PerakGazette

Cukup popular dengan lagu Cek Mek Molek, sekarang dia tidak mampu lagi untuk menghadiri sebarang persembahan atau lakukan gelekan untuk menghiburkan penonton.

Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi. Saya menolak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas. Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja. - katanya kepada Perak Gazette.
Sumber Gambar: Perak Gazette

Untuk pengetahuan korang, sekarang umur M Daud Kilau telahpun menjangkau angka 81 dan telah membuat keputusan untuk menghabiskan sisa hidup di jalan Allah dan bersyukur Allah masih memberi peluang untuk dia bernafas. Semoga Datuk M Daud Kilau diberikan kesihatan yang baik hendaknya.

Sumber: Perak Gazette

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media