Ini Satu Pengalaman Paling Ohsem & Tak Dapat Dilupakan Bila Berada Di Genting Highlands

Posted on Thursday, November 14, 2019 | 11/14/2019


Ditemani rama-rama waktu makan malam

Baru-baru ini, Team Ohmedia bercuti sakan di Genting Highlands. Then kami menginap di Grand Ion Delemen Hotel. Fuhhh memang terbaik hotel ni. Terletak di atas bukit. Terima kasih Grand Ion Delemen Hotel kerana sudi menaja Team Ohmedia 2 bilik besar di Hotel ni. So sekarang Ohmedia nak kongsi dekat korang pengalaman kami di sana.

Menariknya bilik dia!

Cantik gila bilik dia!

Dah sampai bilik mesti korang rasa penat dan nak rehat kan. Dekat hotel ni, tilam dan bantal dia sangat empuk, memang kalau rehat tu rasa selesa dan tenang je. Lagi-lagi bila korang ada dekat atas ni sebab cuaca sejuk gila sampaikan nak mandi pun fikir banyak kali. Tapi korang jangan risau, sebab bilik airnya dilengkapi dengan air panas. Tak rasa bosan pun kalau duduk terperap dalam bilik sebab siaran TV dekat hotel ni menarik, tambahan dengan view dari hotel yang menampakkan bukit-bukit dengan kabus yang bergerak, memang totally korang akan rasa tenang je kat sana. Kelengkapan diri seperti sabun, shampoo, hair dryer, seterika, selipar hotel bath robe dan lain-lain turut disediakan. Bilik yang Ohmedia stay ni haraga dia RM500 satu malam termasuk sarapan pagi.


Terkejut jugak masuk-masuk dah ada gajah! Haha.

View dari dalam bilik pun lawa gila!

Tak berkelip mata bila ada lampu liplap liplap!


Best gila makan sambil ada animasi-animasi ni

Team Ohmedia sempat pergi join launching Restoran baru di Ion Delemen Hotel iaitu Dinetopia. Perghhhh serius rare tempat dia. Siap ada animasi yang dipaparkan di table dan dinding sekitar korang. Animasi tersebut akan berubah mengikut menu yang dihidangkan. Means bila korang makan malay food dia akan keluar animasi dan grafik yang melambangkan kemelayuan. Padu teruk kan. 3 jenis makanan serta dessert di hidangkan dengan kombinasi menarik dari 3 kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Harga untuk hidangan di Dinetopia ni ialah RM399 seorang. Untuk orang kedua, korang boleh dapat potongan 50 peratus sempena pembukaan Dinetopia dan ianya sah sehingga 15 December ini. So korang boleh tempah Dinetopia dengan klik di sini

Atas meja pun ada jugak keluar animasi!


Fuh! Terliur betul tengok ni

Wow! Bila duduk dekat sini rasa macam dalam kayangan


Dah macam kat taman bunga rasanya

Dekat Fairy Tales Cafe ada pelbagai jenis makanan ringan yang korang boleh layan petang-petang. Korang ada 3 pilihan iaitu Sweet, Savory dan Mixed (Sweet+Savory) untuk Hi Tea di sini. Harga yang ditawarkan ialah RM114 untuk 2 orang, kira berbaloi lah kalau korang lepak sini. Tahu tak betapa nikmatnya bila korang duduk dekat sini dengan persekitaran yang sejuk sambil minum teh panas yang disediakan.

Nak habiskan semua boleh tak?

View lawa, makanan pun sedap!

Ada bran tak nak cuba?

Fuh! Beraninya akak ni

Team Ohmedia ada la cuba naik Flying Fox dekat situ dan ternyata ianya sangat lah menyeronokkan. Selain flying fox, dekat situ juga ada aktiviti lasak lain untuk mencabar diri kita yang acah-acah berani ni iaitu Challenge Course dan Rock Climbing. Ohmedia rasa tak rugi kalau korang nak cabar diri untuk aktiviti ni sebab dengan hanya RM30.00, korang boleh bermain kesemua permainan di sini.

Percayalah, sekali main mesti nak repeat!

Nampak seronok dia tu!

Pernah tengok kolam air panas secantik ni?


Kolam air panas paling cantik pernah tengok

Korang pernah tak pergi kolam air panas? Semuanya berbayar kan? Tapi dekat sini percuma je. Yang bestnya, sambil-sambil mandi tu korang boleh layan view dekat situ yang berlatar belakangkan Genting Highlands. Kanak-kanak pun boleh mandi sekali sebab dekat situ dah tersedia ruangan untuk kanak-kanak. Kolam ini dibuka dari pukul 6 hingga 10 malam

Seronok kan kalau hari-hari macam ni

View dia lawa gila weh!

Senang pergi mana-mana, tak payah naik teksi atau grab


Selesa naik shuttle bus ni

Servis Shuttle Bus kat situ sangatlah bagus sebab punctual, nak buat tempahan pon mudah dan
bas dia pun sangat lah selesa dan bersih. Bas ni hanya di khaskan untuk pelanggan Ion Delemen Hotel untuk pergi ke Sky Park Avenue dan Theme Park di Genting Highlands. Jadi senanglah korang, tak payah fikir macam mana nak langgan grab. Shuttle bas ini beroperasi bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam.

Senangnya tak payah jalan jauh-jauh, depan pintu utama hotel je

Banyal tempat boleh pergi dengan shuttle bus ni, dah la free

So Ohmedia rasa korang patut datang menginap di hotel bila korang ke Genting, sebab servis dia memang tiptop. Korang boleh layan segala kemudahan yang disediakan dan view di sini sangat cantik untuk mengambil gambar. Memang sangat berbaloi untuk korang yang inginkan ketenangan serta melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga atau member. Memang terbaik laa, So jangan lupa singgah di Grand Ion Delemen Hotel bila korang ke Genting Highlands nanti.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/14/2019

0 comments:

Loading...