(Inspirasi) Lihat Hasil Pasangan Suami Isteri Ini Selepas 10 Tahun Usahakan Perniagaan Ayam

Posted on Wednesday, November 06, 2019 | 11/06/2019



Selalu kita dengar ungkapan di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita hebat yang sentiasa memberi sokongan di belakang. Kejayaan ini juga sebenarnya hadir dari usaha yang tak putus-putus dan tak kenal erti putus asa.

Untuk kenakan dengan ungkapan ini, Ohmedia tertarik dengan satu kisah yang dikongsikan seorang suami yang dikenali sebagai Lan yang sebelum ini ada berkongsi kisah kejayaannya di Facebook miliknya.

Lan yang hidup bersama isteri, Nur Amyza Ismail telah mengusahakan perniagaan ayam segar milik mereka sendiri dan membangunkannya dari bawah sehinggalah berjaya seperti sekarang.

Menurut Lan lagi, usaha ini dilalui bersama isterinya selama lebih 10 tahun dan atas berkatNya, kini mereka dikurniakan kesenangan.

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Ketika kita berada di bawah kita kena buang sifat yang tidak baik dan kita kena yakin kita pun mampu berjaya. Ketika kita berada diatas jangan kita persendakan mereka yang berada di bawah kerana kita tidak tahu mereka pun mampu berjaya seperti kita kerana hanya dengan kuasa Allah SWT mampu merubah segalanya. Kun fa ya kun, maka terjadilah seperti yang di kehendaknya. Allah SWT Maha Pemberi rezeki kepada yang rajin berusaha, kongsinya.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/06/2019

0 comments:

Loading...