(Inspirasi) Pernah Keluarkan Filem Hina Rasulullah, Sekarang Berjuang Demi Islam


Masih ingat lagi tak korang dengan seorang lelaki yang merupakan pengarah filem pendek yang pernah menhasilkan filem pendek kontroversi mengenai Islamophobia dan memburukkan Rasulullah pada suatu ketika dahulu? Filem yang berjudul Fitna itu dihasilkan oleh Arnoud Van Doorn yang merupakan seorang ahli dewan undangan Belanda pada tahun 2013.

Tetapi kini, nampaknya hidayah telah membuka hatinya untuk sayangkan Islam. Kisahnya kini mula tersebar apabila dia mula memeluk agama Islam dan ia diakui sendiri oleh Arnoud apabila hatinya mula terbuka untuk mengenali Islam selepas sedar ada sesuatu yang harus diketahui mengenai agama itu.


Melalui hasil temubualnya bersama media The Guardians, Arnoud merasakan semakin dia mendalami Islam, semakin membuatkan dia kenal akan dirinya sendiri dan ini semua selepas dia mendalami isi Al-Quran yang membuatkan dia berasa tenang dengan ayat-ayat suci.

Arnoud juga telah mengerjakan ibadah haji dan kini giat menjalan kempen bagi melawan Islamophobia di Belanda. Dari seorang pembenci Islam kepada seorang pendakwah dan mengamalkan cara hidup seorang muslim. Itulah keindahan yang terdapat dalam agama Islam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media