Jamban Kalis Peluru & Penuh Dengan Berlian Ini Akan Buatkan Korang Digelar Orang Kaya

Posted on Sunday, November 17, 2019 | 11/17/2019



Jika korang rasa dengan memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah baru digelar seorang yang kaya. Nampaknya, selepas ni dengan memiliki sebuah jamban pun sudah boleh digelar orang kaya.

Haa, inilah dia jamban termewah didunia yang dilengkapi ciri kalis peluru dan bertatahkan 40 ribu butir belian. Amacam? Padu tak?haha.


Jamban termewah ini telah diperkenalkan dan ditunjukkan kepada umum di sebuah pameran ekspo perdagangan di Shanghai. Nilai bagi sebuah jamban ini adalah kira-kira £ 999,497 (RM 5,329,813.00). Berapa kosong tu weh!

Syarikat Coronet dari Hong Kong ini mendakwa telah meletakkan 40.815 butik berlian dengan berat 334.68 karat. Setakat ini, mereka masih enggan mendedahkan samaada sudah ada pembeli atau tidak.



Terdahulu, Aaron Shum juga pernah menghasilkan sebuah gitar yang dihiasi dengan berlian seberat 400 karat yang dianggarkan bernilai 1.5 juta Pound sterling (RM 8 juta), dan juga sepasang kasut tumit tinggi yang dihiasi dengan 10,000 butir berlian merah jambu yang dianggarkan bernilai 3.3 juta Pound sterling (RM 17.5 juta).


Jadi amacam? ada yang berminat?

Sumber: Daily Mail

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/17/2019

0 comments:

Loading...