"Jom Ambil Gambar, Uncle Belanja", Kata Seorang Bapa Yang Penuhi Impian Seorang Kanak-Kanak Untuk Tangkap Gambar Graduasi Tadika!

Posted on Monday, November 11, 2019 | 11/11/2019


Sumber gambar dari pengguna Twitter @akuskizo
Ohmedia ada terbaca kisah ni melalui bebenang pengguna Twitter dengan nama akaun @akuskizo yang penuhi impian seorang kanak-kanak yang juga kawan anaknya. Kisahnya bermula apabila pengguna Twitter ni telah terdengar perbualan seorang brader ni yang tengah tanya pakej bergambar pada salesman berkenaan untuk gambar graduasi tadika anaknya namun brader berkenan tidak mempunyai wang.

Menyedari perkara berkenaan, pengguna Twitter berkenaan bertindak merealisasikan impian anak berkenaan setelah melihat wajah sayu anak berkenaan setelah mendengar jawapan dari ayahnya, sambil berkata, " Jom ambil gambar, uncle belanja".

Lepas bergambar, brader kepada anak yang tidak dapat mengambil gambar tadi mengucapkan terima kasih kepada pengguna Twitter berkenaan dan bercerita tentang masalah yang dihadapi. Dalam senyum, pengguna Twitter berkenaan memberi kata-kata semangat kepada berada berkenaan agar terus kuat dan jangan lemah semangat.

Meskipun menerima banyak ucapan terima kasih dari brader berkenaan, namun pengguna Twitter berkenaan menyatakan sebaliknya, seharusnya dia yang berterima kasih kepada brader berkenaan kerana membenarkan beliau untuk memenuhi impian anak brader berkenaan.

Sedih bila baca kisah pengguna Twitter ni lebih-lebih lagi kisah brader berkenaan yang tiada duit meskipun RM20 untuk biaya tangkap gambar graduasi tadika anaknya. Semoga brader berkenaan terus kuat dan jangan mengalah untuk keluarga. Bagaimanapun, tabik Ohmedia ucapkan kepada pengguna Twitter berkenaan kerana membuatkan Ohmedia percaya sifat kemanusiaan masih lagi ada pada setiap manusia lebih-lebih lagi rakyat Malaysia.






Sumber: Akaun Twitter @akuskizo



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/11/2019

0 comments:

Loading...