"Kalau Ikutkan, Selepas Kahwin Saya Memang Nak 'Slow Down'..." - Raja Ilya

Posted on Monday, November 11, 2019 | 11/11/2019



Siapa je tak kenal pelakon jelita, Raja Ilya yang sudahpun berumahtangga bersama Trent Garret. Walaupun diorang dah berkahwin, Raja Ilya memberitahu bahawa dia nak memperlahankan kerjaya lakonannya.

Lain pula jadinya apabila suaminya, Trent Garret sentiasa memberi sokongan untuk Raja Ilya untuk aktif dalam bidang lakonan. Bukan tu je tau, dia juga membantu isterinya untuk join sebuah agensi lakonan di Australia.

Kalau ikutkan, selepas kahwin saya memang nak 'slow down' kerjaya lakonan dan menumpukan perhatian pada kehidupan alam perkahwinan. Tapi lain pula jadinya, suami saya mahukan saya terus aktif berlakon dan sentiasa memberi sokongan kepada saya. Selepas suami saya tahu tentang saya pernah cuba nasib di luar negara sebelum ini, dia lagi bersemangat untuk membantu saya. Trent sedang berusaha untuk memasukkan saya dalam sebuah agensi lakonan di Australia, saya percayakannya kerana dia lebih tahu selok belok di negara sendiri. Setakat ini, tiada lagi respon atau panggilan dari pihak agensi berkenaan, namun saya berharap agar rezeki saya ada di situ.

Wah, bagus betul pasangan ni kan? Seorang suami yang sentiasa memberi sokongan terhadap isterinya. Sis doakan agar Raja Ilya dan Trent Garret berkekalan hingga ke Jannah. Amin!

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/11/2019

0 comments:

Loading...