Karnival Bukit Besi Sejahtera Wadah Perpaduan Rakyat dan Pemimpin Masyarakat

Posted on Sunday, November 03, 2019 | 11/03/2019


Dr. Mamad Puteh merasmikan karnival.



DUNGUN, 3 November- Penganjuran karnival serta program-program kemasyarakatan bertujuan membina penyatuan dan perpaduan antara rakyat dan pemimpin di kawasan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamad Puteh berkata, program-program lapangan itu turut menjadi wadah rakyat memberikan pandangan dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

"Kejayaan menganjurkan program sebegini menggambarkan perpaduan antara rakyat dan pemimpin yang lebih baik.

"Ia selaras matlamat kerajaan negeri yang memperkenalkan konsep negeri berkebajikan yang mana semua pihak saling membantu dalam membangunkan identiti ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Bukit Besi Sejahtera 2019 di Kampung Jerangau Sungai yang berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam.
Pasukan motocross melakukan gimik pelancaran logo Bukit Besi Sejahtera.

Turut hadir, ahli parlimen  Dungun, Wan Hassan Ramli; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun; pegawai penyelaras Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan penyelia, i-MITS Bukit Besi, Khaziman Khalik.

Dalam ucapannya, beliau juga meletakkan harapan supaya rakyat terus bersatu dan berkerjasama dalam membangunkan negeri Terengganu.

"Pembangunan sesebuah negeri tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata. Semua pihak perlu turun padang dan melaksanakannya.

"Melalui program-program yang dianjurkan, saya harap kerjasama kukuh akan terus mekar antara pemimpin dan rakyat untuk mencapai hasrat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," katanya.








Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 11/03/2019

0 comments:

Loading...