Kenali Putera Dan Puteri Rasulullah SAW


1. Al-Qasim bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah. Rasulullah SAW menggunakan nama Al-Qasim sebagi kuniyah (gelaran) iaitu Abul Qasim. Usianya hanya 2 tahun dan merupakan anak Rasulullah SAW yang paling awal meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.

2. Abdullah bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah dan dilahirkan setelah diturunkan wahyu atas baginda. Meninggal dunia ketika masih menyusu.

3. Ibrahim bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Mariah Al-Qibtiyah. Usianya hanya lebih kurang setahun setengah sahaja dan meninggal dunia pada tahun yang ke-10 hijrah dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’. Tersebut di dalam Sahih Bukhari ketika meninggal putera yang bernama Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda: “إنَّ له مُرْضِعًا في الجنَّة: Sesungguhnya bagi Ibrahim ibu yang menyusukannya di dalam syurga.”

4. Zainab binti Muhammad SAW. Dialah anak Rasulullah yang paling sulung juga merupakan anak bagi Khadijah. Dan meninggal dunia ketika berusia 29 tahun pada tahun ke-8 hijrah dimana Rasulullah SAW sendiri turun ke dalam kuburnya.

5. Ummu Kalthum binti Muhammad SAW yang ibunya juga adalah Khadijah. Ketika Ummu Kalthum dilahirkan, usia Rasulullah SAW ialah 34 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-9 hijrah pada bulan Ramadhan.

6. Ruqayyah binti Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah. Meninggal dunia pada awal tahun ke-2 hijrah pada hari perang Badar ketika berusia 21 tahun dan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.

7. Fatimah bin Muhammad SAW yang juga dilhairkan oleh Khadijah. Anak Rasulullah SAW yang paling bongsu. Gelarannya ialah Fatimah Al-Zahra’. Digelar demikian kerana wajahnya sangat cantik dan berseri-seri kerana ada iras wajah Rasulullah SAW. Meninggal dunia selepas 6 bulan baginda SAW wafat iaitu pada tahun ke-11 hijrah. Ketika meninggal dunia Fatimah berusia 29 tahun dan Abu Bakar As-Siddiq r.a menyembahyangkan jenazahnya dan kuburnya di tanah perkuburan Baqi’.

Dalam kesemua putera dan puteri Rasulullah SAW, hanya Fatimah seorang sahaja yang meninggal dunia ketika Rasulullah SAW telah wafat. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media