Kewajipan Suami Mengajar Isteri Perkara Agama

Posted on Tuesday, November 12, 2019 | 11/12/2019



Dalam berumah tangga, seorang suami memiliki kewajipan-kewajipan yang harus dia tunaikan kepada isterinya. Kewajipan tersebut tidak hanya berkaitan dengan nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), sebagaimana yang disangka oleh sebahagian atau kebanyakan suami. Akan tetapi, terdapat kewajiban penting yang banyak dilalaikan oleh para suami, iaitu mendidik dan mengajarkan perkara atau kewajipan-kewajipan dalam agama kepada isterinya.

Syaikh Musthafa Al-‘Adawi berkata: “Seorang suami hendaklah mendidik (mengajarkan) isterinya hal-hal yang bermanfaat untuk perkara agama dan dunianya.” (Fiqh Ta’aamul baina Az-Zaujain, hal. 10)

Kemudian beliau berdalil dengan firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu (dan anakmu) dan isterimu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka. Dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Begitu pula pesan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Malik bin Huwairits radhiyallahu ‘anhu, setelah Malik dan rombongannya datang ke Madinah khusus untuk belajar agama kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selama kurang lebih dua puluh hari. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berpesan kepada Malik bin Huwairits ketika mahu pulang ke kampung asalnya:

ارْجِعُوا إِلَى أَهْلِيكُمْ، فَأَقِيمُوا فِيهِمْ وَعَلِّمُوهُمْ وَمُرُوهُمْ
“Kembalilah ke isterimu, tinggallah di tengah-tengah mereka, ajarkanlah mereka, dan perintahkanlah mereka.” (HR. Bukhari no. 631, 7246, dan Muslim no. 674)

Perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ‘وَعَلِّمُوهُمْ’ “ajarkanlah mereka”; berkaitan dengan pengajaran (agama) secara teori. Isteri dididik dan diajarkan tentang kewajipan-kewajipan yang berkaitan dengan perkara agama, misalnya perkara solat, menutup aurat, adab berbicara dan keluar rumah, mendidik anak sesuai syariat, dan perkara-perkara agama yang lainnya.

Juga mengajarkan kepada isteri tentang haid dan nifas, kerana banyaknya kewajipan agama yang berkaitan dengan perkara ini. Seorang suami hendaknya boleh mengajarkan dan memberi tahu isterinya, apakah ini darah haid, ataukah darah istihadah (darah penyakit), sehingga isteri mengetahui bila boleh solat dan bila tidak perlu solat.

Sedangkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘وَمُرُوهُمْ’ “perintahkanlah mereka”; ini lebih berkaitan dengan praktik (pengamalan) di dunia nyata. Kerana tidak semua isteri yang sudah diajarkan secara teori kemudian mengamalkannya. Sehingga menjadi kewajiban suami untuk mengingatkan, menegur dan memerintahkan isteri ketika dia lihat isterinya lalai dalam melaksanakan perkara-perkara yang wajib baginya.

Syaikh Abdul ‘Adzim Al-Badawi berkata: “Di antara hak isteri yang menjadi kewajiban suami adalah suami memerintahkan isteri untuk menegakkan agamanya dan menjaga solatnya. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
“Dan perintahkanlah kepada isterimu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Taha: 132)

(Al-Wajiiz fi Fiqhis Sunnah wal Kitaabil ‘Aziiz, hal. 356)

Jika suami tidak mampu mengajarkan agama kepada isteri, maka kewajiban suami adalah mencari seseorang misalnya ustaz atau ustazah yang dapat mengajarkan perkara agama kepada isterinya. Atau suami mengizinkan isterinya untuk menghadiri majlis ilmu (pengajian) sehingga isteri boleh belajar perkara agama. Dan jika ada keperluan mendesak untuk meminta fatwa berkaitan dengan kejadian yang dialami isteri (contoh: apakah darah yang keluar adalah darah haid ataukah bukan), maka kewajipan suami adalah menanyakan kepada orang yang berilmu tentangnya.

Syaikh ‘Abdul ‘Adzim Al-Badawi berkata: “Hak isteri yang menjadi kewajipan suami adalah suami mengajarkan isteri perkara-perkara yang wajib diketahui berkaitan dengan perkara agama, atau suami mengizinkan isteri untuk menghadiri majlis ilmu. Kerana keperluan isteri untuk memperbaiki agamanya dan membersihkan (menyucikan) jiwanya tidaklah lebih remeh dibandingkan keperluan isteri terhadap makanan dan minuman yang wajib dipenuhi oleh suami. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu (dan anakmu) dan isterimu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (At-Tahrim: 6)

Isteri termasuk dalam cakupan kata “ahlun” (dalam ayat di atas). Sehingga suami wajib menjaga isteri dari api neraka dengan iman dan amal soleh. Sedangkan amal soleh itu harus dengan bekal ilmu dan ma’rifat (pengetahuan), sehingga memungkinkan bagi isteri untuk menunaikan dan melaksanakannya sesuai dengan apa yang dituntut oleh syariat.” (Al-Wajiiz fi Fiqhis Sunnah wal Kitaabil ‘Aziiz, hal. 356)

Oleh: M. Saifudin Hakim
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/12/2019

0 comments:

Loading...