Kisah Gadis Pbt Tentera Darat Peluk Islam Sentuh Hati Netizen

Posted on Saturday, November 09, 2019 | 11/09/2019




Alhamdulillah, di sebalik ramai umat Islam yang mungkin tersalah landasan, ada ramai juga yang mula menerima Islam sebagai petunjuk yang sebenar. Ohmedia tertarik dengan berita tentang kehadiran saudara baru yang terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam.

ini adalah kisah seorang anggota tentera wanita yang berpangkat Pbt di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia (MK TD-CSM) yang telah berhijrah memeluk agama Islam dan tersebar dari laman rasmi Berita Tentera Darat Malaysia.


Gadis Pbt bernama Patrica Evelyn Renggei berasal dari Kapit, Sarawak itu kini dipanggil Nurul Umairah Zahra.

Beliau mengakui tertarik dengan agama Islam sejak di zaman persekolahan lagi dan hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari JRP ke CSM disebabkan mendapat sokongan yang penuh dari pegawai serta rakan sejawat. Majlis pengislaman ini didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan tazkirah ringkas yang dipimpin oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Muhamad Azmi Wahab. Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pengarah Sumber Manusia MK TD, Kol Safwan@Asri Ismail dan diakhiri dengan bacaan doa selamat serta jamuan kesyukuran.
 Rata-rata netizen amat tersentuh medengar berita ini dan mengucap syukur dan tahniah,

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/09/2019

0 comments:

Loading...