Lelaki maut selepas dikejar orang awam kerana disyaki rakam video bawah skirt perempuan


Seorang lelaki berusia 46 tahun meninggal dunia Jumaat lalu selepas ditahan oleh lima orang awam. 

Polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 12.45 petang Jumaat. 

Siasatan awal mendapati, mangsa disyaki merakam video bawah skirt seorang perempuan di dalam tren sebelum dikejar dan ditahan lima orang awam di Jalan Niven, Singapura. 

Apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek sudah tidak sedarkan diri dan tiada degupan jantung. 

Polis kemudian cuba memberi bantuan sehingga dan paramedik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan suspek telah meninggal dunia. 

Salah seorang daripada lima orang awam yang terlibat dalam kejadian itu berkata, dia tidak berniat menyebabkan kematian suspek. 

Lelaki terbabit yang enggan didedahkan namanya itu berkata, dia mengejar suspek lebih kurang 500 meter selepas mendapati suspek melakukan perbuatan tidak senonoh itu. 

Dia berjaya menahan suspek dengan bantuan empat lagi orang awam lain. Namun dia mula melepaskan pegangannya apabila suspek mula muntah dan menegaskan dia tidak mencekik suspek sehingga mati. 

Sejak kejadian itu, lelaki terbabit tidak tidur lena selama dua malam kerana tertekan. 

"Kami hanya menjalankan tanggungjawab sivik dan hanya menunggu polis tiba di tempat kejadian," katanya. 

Polis kini masih menyiasat kes tersebut. 

Sumber: Asia One


Sumber : thereporter.my