'Lepas kena tikam, terus lari & pandu kereta ke hospital' - Guru dedah cerita sebenar kejadian kes ditikam suami


Guru wanita yang sarat mengandung ditikam suaminya semalam, tampil menjelaskan bahawa dia tidak begitu mengingati apa yang berlaku. 

Mangsa yang berusia 35 tahun itu berkata, dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk dia terus memandu kereta ke hospital dalam keadaan cedera, bagi menyelamatkan diri dan kandungannya itu. 

"Saya tak ingat apa, lepas kena tikam terus lari dan pandu kereta ke hospital," katanya. 

Guru itu mendedahkan, suaminya yang bekerja sebagai jurutera itu mengalami kemurungan dan bergantung kepada ubat bagi mengurangkan tekanan yang dialami. Namun, lelaki berusia 39 tahun itu tidak pernah mengasarinya dan kejadian itu merupakan yang pertama kali. 

Pasangan itu dikurniakan tiga anak termasuk yang baru dilahirkan semalam dan dalam kejadian semalam, dua anaknya yang berusia enam dan empat tahun itu menyaksikan sendiri mangsa ditikam suaminya. 

Dua beradik itu kini berada dalam keadaan trauma dan mangsa bercadang menghantar mereka pulang ke kampung di Kedah sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my