Liga Piala Ahli Parlimen Marang : 16 Pasukan Bakal Berentap



Oleh : Aziz Hambali

MARANG, 8 November - Deparment of Culture and Sport (DACS) Kawasan Marang bakal menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Liga Piala YB Ahli Parlimen Marang mulai hari ini yang melibatkan 16 pasukan kesemuanya.

Pengarah kejohanan, Ahmad Harizuddin Muhammad, berkata kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan menambat hati anak muda yang sinonim dengan jiwa kesukanan ke arah membentuk masyarakat yang sihat tetapi selari dengan kehendak syariah.

"Oleh hal demikian, kami DACS Marang mengorak langkah dengan menggempurkan pasukan bola sepak setiap DUN yang ada dalam kawasan Marang ini iaitu sebanyak 16 pasukan yang layak bertanding terdiri daripada 4 pasukan terbaik bagi setiap DUN yang telah bertanding pada kejohanan Piala YB di dun masing-masing.

"Kejohanan ini juga dirancang dalam usaha DACS mengeratkan hubungan silaturrahim diantara keseluruhan pasukan dengan pendekatan bermain secara sihat dan mengikut sunnah, " katanya

Beliau berkata demikian sebaik sahaja ditemubual wakil media selepas Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan tersebut di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang yang dipengerusikan oleh Pengarah DACS Kawasan Marang, Ismail Sepia, semalam.

Tambahnya lagi, kejohanan yang melibatkan pemuda dan remaja serta pengundi berdaftar ini diharap dapat memberi ruang dan peluang buat anak-anak muda untuk terlibat secara langsung bagi mengelakkan mereka terlibat dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

"Program ini berlangsung selama dua bulan bermula dengan Majlis Perasmian dan Pembukaan Kejohanan Bola Sepak Liga Piala YB Ahli Parlimen Marang pada 8 November bertempat di Padang Majlis Daerag Marang dan akan berakhir sehingga tarikh final yang akan dimaklumkan dari masa ke masa.," katanya

Sumber: teganukita.net