Maksud Berkabung Kerana Kematian

Posted on Tuesday, November 05, 2019 | 11/05/2019



SOALAN:
Apakah ertinya berkabung ketika berlaku kematian?

JAWAPAN:
Tersebut pada Majlis Fatwa Negeri Mesir:

الإحداد الشرعي، وهو ترك لبس ما فيه زينة من الثياب وترك الكحل والطيب والحلي وما أشبه ذلك، مباح لمدة ثلاثة أيام بلياليها من الوفاة على من مات من الأقارب، ويحرم بعد ذلك ما لم يكن الميت زوجًا؛ فإن امرأته تحدُّ عليه أربعة أشهر وعشرة أيام وجوبًا؛ لقوله صلى الله عليه وآله وسلم: «لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ تُحِدَّ فَوْقَ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ، إِلا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا» متفق عليه

“Bermula maskud berkabung pada sisi syarak ialah meninggalkan memakai pakaian yang ada padanya maksud berhias dan meninggalkan memakai celak dan wangian dan perhiasan tubuh dan apa yang menyerupai demikian itu.

Hukum berkabung ini adalah harus selama 3 hari dengan malamnya, dengan sebab kematian seorang yang merupakan saudara terdekatnya. Dan haram berkabung lebih dari 3 hari jika yang mati itu selain suaminya. Maka dari kerana sesungguhnya isteri itu wajib berkabung selama 4 bulan dan 10 hari.

Ini berdalil dengan sabda Nabi SAW:

لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ تُحِدَّ فَوْقَ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ، إِلا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
“Tidak halal (iaitu haram) bagi seorang perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Kiamat berkabung lebih dari 3 hari melainkan sebab kematian suaminya, maka berkabung dia selama 4 bulan 10 hari.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/05/2019

0 comments:

Loading...