Memang Sedap Merokok Lepas Makan, Tapi Siapkan Juga RM10 Ribu Mulai Januari 2020


Jangan ingat kerajaan senyap tu tanda tak jadi buat ok gais. Haa, buat-buat lupa la tu. Ohmedia cakap pasal undang-undang merokok lah yang sebelum ni kerajaan umumkan.

Kalau korang nak tahu, pihak kerajaan akan tetap meneruskan larangan merokok di restoran dan ia akan bermula pada 1 Januari 2020. Perokok juga wajib melakukan tabiat merokok mereka pada jarak 3 meter atau 10 kaki dari premis makanan.

Jika perokok gagal mematuhi larangan ini, pelaku akan dikenakan kompaun dan jika gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan, perokok boleh didakwa dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

Setakat ini, sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media