MPKK Felda Tenang Turut Bantu Mangsa Banjir



Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 29 November - Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Tenang turut membantu pihak Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta polis
dalam menguruskan mangsa banjir di kawasan tersebut.

Timbalannya, Ahmad Sukri Abdullah berkata, mereka juga menunjuk lokasi dan kawasan yang memerlukan pertolongan melibatkan penduduk Felda Tenang dan Kampung Bekok Dalam.

"Membuat tinjauan kawasan rendah di kampung saya dan sekaligus memberi arahan kepada mangsa yang biasa banjir untuk segara berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Felda Tenang sekiranya hujan lebat berterusan.

"Mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan yang telah disediakan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di sini, pada hari ini.

Oleh itu, katanya, AJK MPKK wanita  bekerjasama dengan pengurusan felda membuat persiapan memasak kepada mangsa banjir.

Menurut Sukri, bermula jam 9 pagi pusat pemindahan banjir sementara dibuka  di Sekolah Kebangsaan Felda Tenang.

"Selepas dibuka pusat pemindahan ini, mangsa berdaftar secara berperingkat sehingga jam 7.30 malam," tambah beliau.

Sementara itu, menurut seorang mangsa banjir Ramilan Bakar, 56, berkata, hujan yang tidak berhenti menyebabkan air naik secara mendadak di daerah itu.

"Hujan yang tidak berhenti dari semalam menyebabkan air naik dengan cepat selepas subuh pagi tadi.

"Sehingga paras pintu jendela rumah maka kami sekeluarga terus berpindah kerana paras air sungai menunjukkan paras yang semakin tinggi," katanya.

Beliau bersama 18 keluarga yang lain telah berpindah di masjid Bukit Payong untuk sementara waktu.



Sumber: teganukita.net