"Nak Cerita Banyak Pun Serba Salah Sebenarnya" - Abby Abadi

Posted on Friday, November 15, 2019 | 11/15/2019



Alhamdulillah, anak bongsu Abby Abadi masih terus kuat bertahan. Baru-baru ini, Abby Abadi berkongsi perkembangan anaknya, Muhammad Danial Firman di Instagram, @abby_abadi112.

Tak sabar nak tengok Baby D membesar dengan sihat kan? Abby berkata dia ingin berkongsi perkembangan Baby D tetapi dia berasa serba salah. Jadi, Abby ingin tunggu Baby D sihat dulu, baru dia throwback semula.



Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . 13Nov 2019: Hari yg ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan 🥰 . Nak cerita banyakpun serba salah sebenarnya sbb takut seronok2 sangat, tiba2 apa yg Baby D lalui sebelum ni datang balik. Tu yg ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dgn Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke? 🙊🥰 . Yg buleh Sy kongsikan serba sedikit: Skrg Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator. Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dpt dengar lagi Baby D menangis. Juga masih.. minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma... beratnyalah yg makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram 🥰 . Ada soalan? Hehe.. Tu je yg dapat share skrg ni.. Semoga ALLAH kurniakan Afiyah buat Muhammad Danial Firman & semua baby prem yg sedang bertahan 🥰 . 🌸Allahumma inni as aluka al-'afiyah*. (Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah). . Apa makna 'Afiyah..??? . 'Afiyah bermaksud : "Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa". . 👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah. . 👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah . 👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dlm 'afiyah. . 👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dlm 'afiyah. . 👉Dan jika kita sudah diampuni &tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. . Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud : "Ya ALLAH, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".Ini termasuk utk di dunia & di akhirat. . Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia dtg kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata : . "Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar." . Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik." ❤️
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Tak apa lah, Abby. Kami faham dengan situasi Abby sekarang, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Baby D. Semoga Baby D membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin.

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/15/2019

0 comments:

Loading...