Niat Nak 'Hulur' RM50 Dekat Polis, Sekali Kena Cekup!


Selalu sangat kita dengar pasal gejala rasuah kan? Baru-baru ni, menerusi akaun facebook Hishamuddin Ahmad Zaki, seorang lelaki warga Myammar cuba memberi rasuah kepada anggota polis trafik untuk mengelakkan dirinya dari disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu. Pegawai polis telah banyak kali beri amaran supaya jangan memaksa pihak polis untuk menerima rasuah, tetapi lelaki tu berdegil dan masih lagi memaksa pihak polis.

Cuba nasib untuk lepaskan diri


Dikatakan kejadian berlaku pada 13 November jam 11:50 pagi sewaktu Bahagian Siasatan & Penguatkuasa Trafik, IPD Kuala Kangsar menjalankan Op Penguatkuasaan lalu lintas di Jalan Daeng Selili, Kuala Kangsar. Lelaki warga Myammar tu menunggang sebuah motorsikal jenis Yamaha LC. Dia ditahan untuk diserahkan kepada pihak SPRM kerana cubaan memberi rasuah yang dikatakan sebanyak 50 ringgit kepada pihak polis.

Sumber : Hishamuddin Ahmad Zaki

Sumber: Oh! Media