Orang Awam, Kanak-Kanak & Wanita Terkorban Dalam Serangan Kejam Israel

Posted on Thursday, November 14, 2019 | 11/14/2019



Ohmedia yakin, semua perasan yang dalam minggu ni kita didedahkan lagi dengan berita Gaza diserang dan terkorbannya penduduk di sana. Terbaru, 12 penduduk Palestin telah terkorban apabila rejim Zionis membedil penempatan awam dalam serangan udara dan peluru berpandu ke Gaza.

Kementerian kesihatan Gaza turut memberikan kemaskini terkini mangsa yang terkorbang dan cedera.


Israel seperti biasa memberi alasan bahawa mereka melancarkan serangan ke atas komander kumpulan Jihad Islam Palestin yang dimulakan mereka sejak Selasa lalu sehingga mencetuskan serangan balas roket dan serangan udara.


Jumlah keseluruhan setakat ini adalah seramai 32 rakyat Palestin terkorban dan enam orang awam termasuk kanak-kanak turut menjadi korban.

Menurut ahli Medik, enam ahli keluarga Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke Semenanjung Gaza pada hari ini.


Katanya lagi, serangan pada waktu Subuh di sebuah rumah Deir al-Balah menyebabkan enam maut termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sumber: AlJazeera

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/14/2019

0 comments:

Loading...