Pasar Di Syurga Buat Orang Beriman

Posted on Wednesday, November 06, 2019 | 11/06/2019



Di syurga kelak akan terdapat pasar bagi penduduk syurga. Bagaimanakah pasar tersebut? Apakah ada jual beli di syurga? Jika ada, apa barang dagangannya? Atau hanya sebagai kiasan?

Dalil mengenai adanya pasar di syurga

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً. فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً
“Sungguh di syurga ada pasar yang didatangi penghuni syurga setiap Jumat. Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan tampan. Mereka pulang kepada isteri-isteri mereka dalam keadaan telah bertambah indah dan tampan. Keluarga mereka berkata: ‘Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.’ Mereka pun berkata: ‘Kalian pun semakin bertambah indah dan cantik’.” (Riwayat Muslim no. 7324)

Keadaan di pasar syurga

Sebagaimana dijelaskan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah, pasar di syurga adalah tempat berkumpul penduduk syurga. Beliau berkata:

المراد بالسوق مجمع لهم يجتمعون كما يجتمع الناس في الدنيا في السوق ، ومعنى ( يأتونها كل جمعة ) أي : في مقدار كل جمعة أي أسبوع ، وليس هناك حقيقة أسبوع لفقد الشمس والليل والنهار
“Yang dimaksudkan dengan pasar adalah tempat berkumpulnya manusia sebagaimana manusia di dunia berkumpul di pasar. Maksud ‘mereka mendatangi setiap hari Jumaat’ adalah sebagaimana perkiraan lama waktu tiap Jumaat iaitu seminggu. Bukanlah makna ‘seminggu’ yang sebenarnya kerana tidak ada matahari, siang dan malam (di syurga).” [Syarah Muslim 16/170, syamilah]

Dan salah satu kenikmatan manusia adalah berjumpa dengan saudara dan teman-teman akrab mereka, saling menyapa, bertanya khabar, saling bergurau senda, saling meluah perasaan. Ini menimbulkan kebahagiaan dan kenikmatan, apalagi yang sudah lama sekali tidak bertemu. Maka di syurga juga disediakan kenikmatan seperti ini. Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah:

إن سوق الجنة هو مكان اللقاء للمؤمنين بعضهم لبعض؛ لازدياد النعيم بما يجدونه من لذة وسؤدد ، وتحدث بعضهم لبعض؛ وتذاكرهم بما كان في الدار الدنيا وما آلوا إليه في الدار الآخرة؛ ويتجدد هذا اللقاء كل جمعة كما جاء في الحديث؛ لرؤية بعضهم لبعض وأنس بعضهم ببعض
“Pasar di syurga adalah tempat bertemunya kaum Muslimin satu sama lain supaya bertambah kenikmatan. Merasakan kelazatan saling berbincang-bincang. Dan saling mengenang apa yang terjadi di dunia dan membicarakan apa yang mereka dapatkan di akhirat. Mereka bertemu setiap Jumaat sebagaimana pada hadith, agar mereka dapat saling berjumpa satu sama lain.” [Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214]

Demikianlah ahli syurga, sebagaimana jika kita bertemu dengan kawan lama dan berkumpul (reunion) maka sangat terasa nikmat dan bahagia jika kita mengenang masa-masa lalu yang indah, masa-masa ketika belajar bersama dan menjalani kehidupan bersama.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa tidak ada jual-beli di syurga. Yang ada hanya barang dagangan yang boleh diambil semahunya. Ini juga merupakan kenikmatan walaupun sebenarnya mereka boleh meminta apa yang mereka inginkan di syurga. Kerana ada orang yang hobinya berbelanja, maka kenikmatan itu juga ada di syurga. Allah Taala berfirman:

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” (Az-Zukhruf: 71)

Dan Allah Taala berfirman:

لَهُم مَّا يَشَاؤُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
“Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Qaaf: 35)

Hanya lelaki saja ke pasar syurga?

Syaikh Abdullah Al Faqih menyatakan:

فظاهر هذا الحديث أن الذين يذهبون إلى السوق هم الرجال وحدهم دون النساء. وذلك لأن الحديث ذكر أنهم يرجعون من السوق إلى أهليهم، يعني زوجاتهم، فدل رجوعهم إليهن على أنهن لم يكن يرافقنهم
“Zahir hadith menunjukkan bahawa yang pergi ke pasar syurga hanyalah lelaki tanpa wanita. Ini kerana dalam hadith disebutkan bahawa mereka kembali kepada keluarga mereka dari pasar iaitu isteri-isteri mereka. Kembalinya suami kepada isteri mereka menunjukkan bahawa istri mereka tidak ikut ke pasar syurga.” [Sumber: https://fatwa.islamweb.net/ar/fatwa/63070/]

Akan tetapi para wanita tidak perlu kecewa seandainya pendapat ini benar, kerana berkumpul dan keluarnya penduduk syurga tidak hanya di pasar syurga saja. Akan tetapi, mereka saling mengunjungi di rumah dan saling bertemu. Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah:

ولم يكن لقاء بعضهم لبعض في سوق الجنة فحسب ، بل يتزاورون في المنازل ، وفي مخير المنازل من مرافق ، تحت الأشجار ، وعلى شواطئ الأنهار ، وفي جميع المنتزهات المختلفة ، متى شاءوا من الأوقات التي تتناسب معهم ويرتاحون لها بل ويرغبونها

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : إن أهل الجنة ليتزاورون فيها إنها الزيارات الممتعة ، والحياة السعيدة ، والأنس الذي لا ينقطع ، واللذة المستمرة

“Tidaklah pertemuan penduduk syurga hanya di pasar saja akan tetapi mereka saling mengunjungi di rumah (istana kerajaan) mereka. Di rumah siapa saja bertemu terserah kepada mereka, boleh bertemu di bawah pohon, di pinggir sungai dan di semua tempat yang bermacam-macam bil-bila saja mereka ingin jika waktunya sesuai, mereka menikmatinya dan menginginkannya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya penduduk syurga saling mengunjungi.”

Inilah keadaan saling mengunjungi yang memuaskan, kehidupan yang bahagia, hubungan sosial yang tidak terputus dan kelazatan yang terus-menerus.” [Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214]

Oleh: Ustaz Dr. Raehanul Bahraen
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/06/2019

0 comments:

Loading...