Pelajar Pecahkan Kerusi Di Kelas Semasa Hari Terakhir Persekolahan


Sis tak suka betul bila ada video yang viral di media sosial...dengar loghat je, mesti nak salahkan negeri dan bukannya nak salahkan masalah manusia tu terutamanya yang selalu jadi mangsa adalah negeri Kelantan. Sis bukan nak backup okay sebab sis orang Kuala Lumpur hehe.

Cuba korang tengok video tu. Menurut seorang pengguna, @chrissytwittwit di laman Twitter, ada beberapa pelajar berada di kelas melakukan vandalisme semasa last day sekolah gais. Kalau ya pun happy sangat, tak perlu kot nak buat macam tu.


Banyak lagi cara nak sambut happy korang tu. Ni tak pasal-pasal cuti korang dekat lokap. Dengar cerita budak-budak ni baru je 14 tahun tapi...agak bodohlah sebab rakam diorang time buat kerja macam ni. Hahaha. Haa tak pasal-pasal dapat kecaman hebat dari satu Malaysia.

Mesti mak ayah diorang malu sebab dapat tahu perangai anak-anak melakukan vandalisme. Kadangkala kita tak tahu, mungkin diorang tak suka masuk situ sebab terpaksa ikut kata mak ayah kan? Sis harap mak ayah diorang bayar balik ganti rugi anak-anak diorang pecahkan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media