(Review) Respon Oh! Media Selepas Menonton Filem Midway

Posted on Thursday, November 07, 2019 | 11/07/2019



Mesti ramai orang dekat luar sana yang menantikan filem Battle Of Midway ni kan? Yelah, filem ni kan berdasarkan kisah benar dan korang mesti nak tahu kan macamana berlakunya peperangan tu? Malam tadi sempat team Ohmedia ke TGV 1 Utama untuk layan filem Midway dengan followers Oh! Media yang menang tiket contest Midway baru-baru ni. Terima kasih kepada semua pemenang dan followers Ohmedia yang sudi datang ya! Nanti kita buat selalu lagi. Dekat sini Ohmedia nak share sikit lah pasal filem Battle Of Midway ni sebab Ohmedia rasa filem ni sangat best untuk ditonton dan taknak la korang semua terlepas dari tengok filem-filem yang best.


Kalau korang nak tahu, Filem Midway ni berkisar tentang kisah benar semasa peperangan epic dalam sejarah dunia yang dikenali sebagai The Battle of Midway di antara US dan Jepun pada 4 hingga 7 Jun 1942, 6 bulan selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbour dan 1 bulan selepas Battle of the Coral Sea. Siapa yang dah tengok trailer filem ni, gempak gila kan? tapi tu semua hanyalah sebahagian awal filem dan lepas tu korang akan dapat tengok sendiri macamana hebatnya pertempuran antara dua gergasi dunia ini sekaligus membuatkan kita yang menonton rasa seperti ada bersama mereka ketika itu.

Bagi Ohmedia, filem Midway ni berjaya membuatkan kami tak duduk diam sepanjang filem dimainkan. Punyalah suspen dari awal sampailah habis. Pelakon dia pun bukan calang-calang gais. Ada Luke Evans, Nick Jonas, Patrick Wilson, Ed Skrein dan ramai lagi dalam cerita ni tau! Paling Ohmedia suka lakonan Nick Jonas sebab watak dia dalam filem ni betul-betul hidup! Nick Jonas melakonkan watak sebagai Bruno Gaido. Bruno Gaido ni merupakan salah seorang juruterbang pesawat perang tentera US yang hebat namun akhirnya telah terhempas, terkandas, dan akhirnya telah ditangkap oleh tentera Jepun untuk disoal siasat.

Menariknya apabila disoal oleh Jeneral tentera Jepun, Bruno Gaido hanya meminta sebatang rokok dan sempat memaki tentera Jepun tanpa menjawab sebarang pertanyaan tentang rahsia tentera US. Oleh kerana tindakkannya itu, Bruno Gaido dicampak ke dalam laut bersama-sama sauh dan terkorban didasar laut. Kalau nak tahu, memang korang kena tengok sendiri. Fuh!

Bagi yang meminati filem aksi peperangan udara dan laut serta nak tahu lebih mendalam tentang sejarah perang dunia ke-2, korang akan enjoy sepenuhnya sepanjang menonton filem Midway ni nanti. Overall, Ohmedia sebulat suara memberikan rating 9/10 untuk filem Midway ni bagi jalan cerita yang berdasarkan kisah benar, jalan cerita yang tersusun rapi serta kesan bunyi dan CGI yang ada dekat panggung TGV Cinemas yang cukup sempurna membuatkan kita lagi feel masa tengok filem ni tau.

Filem Midway ni dah pun mula ditayangkan bermula hari ini, 7 November 2019 di seluruh Malaysia. So, jangan lupa ajak member-member, keluarga, dan insan kesayangan pergi tengok filem ni sekarang ya.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/07/2019

0 comments:

Loading...