'Saya mengakui kesilapan, gambar itu hanya untuk suka-suka' - Teruk dikecam netizen, pemilik butik pengantin tampil mohon maaf


Viral di media sosial semalam beberapa gambar seorang wanita memakai busana pengantin merakam gambar di tanah perkuburan penganut agama Kristian. 

Tindakan individu berkenaan mengundang kemarahan netizen yang menganggap perbuatan itu tidak sensitif dan sengaja membangkitkan kecaman masyarakat. 

"F##king stupid. Dah takda tempat lain ka nak photoshoot? Langsung tak hormat tanah perkuburan orang, tanah perkuburan Kristian lagi tu. 

"D#mn, people surely will do anything just for the sake of attenton. Kalau kau duduk atas rumah kubur keluarga aku, I will find u right away girl," kata netizen di Twitter. 



Pada awalnya, individu yang memuat naik gambar itu ditegur oleh netizen. Malangnya teguran itu tidak diterima dan individu terbabit bertindak menyekat akaun netizen dari terus menegurnya. 


Tidak tahan dikecam, akhirnya individu terbabit menyahaktifkan akaun media sosialnya buat sementara waktu. 

Dalam laporan Harian Metro hari ini, pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu. 


"Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung," katanya. 

Menurut Nur Amirah, gambar itu dirakam di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat, pada Ahad lalu, untuk koleksi peribadi dan menegaskan tindakannya memuat naik gambar itu di Facebook bukan untuk mencari publsiti murahan. 

Dia turut mengakui bahawa dia yang merakam gambar tersebut dan wanita dalam gambar itu bukannya pengantin seperti yang didakwa, sebaliknya hanya model sahaja. 

Nur Amirah berkata, dia memilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan lari dari kebiasaan dengan mengambil inspirasi dari luar negara. 


"Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di Facebook adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama. 

"Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah-aktifkan akaun Facebook buat sementara bagi meredakan keadaan.

"Gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri. 

"Apa pun, saya terima kritikan netizen dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu," katanya. 



Sumber : thereporter.my