Selalu Dikaitkan Dengan Megah Holding, Papa Mustapha Kini Digelar Datuk Paduka?

Posted on Wednesday, November 13, 2019 | 11/13/2019



Sering dikaitkan dengan Megah Holding sekarang ni kerana setiap kali berlakon pasti akan membawa watak sebagai seorang bangsawan dan juga kenamaan kerana iras wajahnya yang seperti orang 'kaya'.

Siapa lagi kalau bukan Mustapha Kamal dan nampaknya doa orang ramai apabila sering mengatakannya seorang Dato' akhirnya tercapai apabila dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka.


Sultan Kelantan sebelum ini telah menyambut Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan penganugerahan ini telah dikongsi dalam satu posting yang dibuat oleh pengguna Twitter.



Untuk mengesahkan lagi perkara ini, Sahabat baik Mustapha Kamal iaitu Dato' Sri Shah Rezza turut memuat naik gambarnya bersama Mustapha dan mengucapkan tahniah kepada sahabatnya atas penganugerahan itu.


Untuk pengetahuan korang, Mustapha Kamal merupakan anak kelahiran Kelantan dan berjaya dalam dunia lakonan sejak muda lagi sehingga pernah digelar sebagai Rambo Malaysia dan kini masih aktif berlakon dan ada melakukan sedikit perniagaan dalam bidan minyak wangi dan ada juga dilihat membuka warung.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/13/2019

0 comments:

Loading...