Seperti Drama Melayu, Seorang Ayah Hidup Merempat Selepas Diperdaya Tujuh Orang Anak Kandung

Posted on Sunday, November 17, 2019 | 11/17/2019



Kita mungkin selalu tengok perkara macam ni berlaku dalam drama melayu. Tapi, realitinya, ia benar-benar berlaku apabila seorang bapa dikatakan dihalau anak-anaknya sendiri selepas memberikan harta pusaka sebanyak RM7 juta.

Ini berlaku kepada pakcik Daut @ Md Kassim Jali, 83 tahun yang terpaksa tampil mengharap keadilan selepas dianiaya tujuh orang anaknya selepas memberikan aset bernilai lebih RM4 juta.

Pakcik Daut sebelum ini hidup serba mewah dengan perniagaan tiga buah stesen minyak, ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang tanaman sawit. Kemudian Daud memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh orang anaknya yang berusia 41 tahun hingga 58 tahun bagi meneruskan legasi perniagaannya yang diusahakan sejak 70-an lagi bermula dari bawah.

Daut yang diserang angin ahmar pada 2013 ibarat jatuh ditimpa tangga apabila dipinggir anak-anaknya dan terpaksa menyara kehidupan serta rawatan kesihatan sendiri dengan sisa baki kudrat yang ada.

Tujuh orang anaknya itu terdiri daripada empat orang lelaki dan tiga anak perempuan. Sama seperti drama, Daut telah dipengaruh seorang anaknya untuk menukar semua harta dan pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.

Bukan itu sahaja, malah sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000, serta akaun simpanan semasa syarikat bernilai RM100,000 turut beralih tangan.

Bagaimanapun Daut rasa bersyukur kerana masih dapat menumpang kasih bersama isteri keduanya serta dijaga dengan baik oleh tujuh orang anak tirinya Di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, isu warga emas berkenaan pernah diketengahkan dan dibawa ke mahkamah pada 2014 lalu sebelum mahkamah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar perlu diserahkan sepenuhnya kepadanya.

Namun, langit tidak selalunya cerah apabila September lalu, reban ayam yang merupakan satu-satunya sumber pendapatan harian warga emas itu dirampas semula oleh anak-anaknya.

Diharapkan keadilan untuk pakcik Daut dapat ditemui. Tak sangka tergamaknya seorang anak melakukan sebegitu kepada seorang ayah. Ibu dan bapa boleh menjaga tujuh orang anak, tapi tujuh orang anak nampaknya gagal untuk menjaga seorang bapa.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/17/2019

0 comments:

Loading...